Ini Kisah Sedih Disebalik Gelak Tawa Stephen Chow

Dua filem box office Hong Kong, Kung Fu Hustle dan Shaolin Soccer yang 'terlajak laris', pasti mengingatkan kita kepada empunya badan yang bernama 'Stephen Chow'. Dilahirkan pada 22 June 1962, jejaka ini sudah dikira 'otai' dalam dunia perfileman, baik sebagai pelakon, sutradara, penulis skrip, mahupun penerbit.
Beliau kerap membintangi dan mengarah filem-filem berunsur komedi yang sangat 'meletop'. Selain dua filem yang dinyatakan di atas, beliau turut dikenali dengan filem CJ&, Justice, My Foot, The God of Cookery, Sixty Million Dollar Man dan banyak lagi jika hendak disenaraikan semuanya.

Kini, ketika para penonton dan peminat setia Chow sudah berusia dan masing-masing mempunyai keluarga sendiri, rupanya beliau masih lagi 'single' walaupun sudah menginjak usia 55 tahun,agak mengejutkan! Meskipun sudah dalam kategori veteran, dikhabarkan beliau tidak berminat untuk berkahwin.

Wow, rasa-rasanya kenapa, ya?


30 tahun lamanya berkarya di dunia perfileman, tidak pernah beliau digosipkan dengan 'heroin-heroin' yang ada. Ketika baru bertapak di bidang ini, beliau bertemu dengan 'first love' semasa membintangi filem The Final Combat. Gadis yang berjaya menambat hatinya itu bernama Jacqueline Law, seorang pelakon wanita yang sangat berbakat di Hong Kong.

Tetapi, sayangnya hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Chow, dan kerana beliau membesar hanya dengan kasih sayang ibunya, amat sukar untuk beliau mengingkari keputusan itu. Akhirnya, cinta pertamanya berakhir begitu sahaja... Dan bagi beliau, untuk memilih di antara keluarga atau kekasih, adalah sesuatu yang sangat berat. Ini membuatkan beliau sangat tertekan di saat itu.

Ramai rakan-rakan yang tampil untuk memujuk dan memberi kata-kata perangsang supaya beliau tidak bersedih. Ada di kalangan mereka yang berkata dengan karier yang sangat berjaya, di samping penampilan dan paras rupa yang menarik, pasti ramai wanita yang ingin berdamping dengannya. Selepas Jacqueline, beliau ada berpasangan dengan beberapa lagi selebriti wanita yang lain dan ada yang bertahan sehingga 13 tahun! Tetapi sayangnya, tiada seorang pun yang mampu membuka hatinya untuk memanjangkan hubungan mereka ke alam perkahwinan...

Dalam sebuah filem arahannya, terdapat satu kata-kata di dalam skrip yang berbunyi, "Dia tidak sanggup menerima seseorang di dalam hatinya." Ramai orang yang berpendapat kata-kata itu lahir dari hatinya sendiri, di mana mungkin beliau masih lagi menyimpan perasaan terhadap Jacqueline dan tidak sanggup melepaskan wanita itu dari lubuk hatinya.

Melihat Stephen Chow dari usia mudanya hingga ke hari ini, yang masih belum bertemu dengan cinta sejati benar-benar membuatkan semua orang bersimpati dan sedih dengan nasibnya itu... Ramai yang menyatakan bahawa tiada gunanya beliau mengumpul banyak wang, tetapi hidupnya tidak bahagia. Ternyata, wang dan harta tidak mampu membeli sebuah kebahagiaan malah beliau sendiri pernah berkata, "Jika masa boleh diulang, saya pasti tidak akan memilih jalan hidup yang sesibuk ini."

Pada tahun 2012, Jacqueline Law meninggal dunia kerana kanser pankreas. Ini mungkin menambah lagi penyesalan kepada Stephen Chow yang tidak mampu memiliki hati wanita kesayangannya sehingga ke akhir hayat wanita tersebut.

Benarlah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya. Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Semoga Stephen Chow dan sesiapa sahaja yang mengalami nasib yang sama sepertinya akan menemui kebahagiaan suatu hari nanti! 

Kongsikan artikel ini sekiranya anda tersentuh dengan kisah Stephen Chow ini.
loading...

0 comment... add one now