Noorkumalasari Bimbang Keadaan Anita Sarawak

Selepas beberapa tahun menyepikan diri, misteri kehilangan Anita Sarawak kembali hangat diperkatakan apabila terkini adiknya, Noorkumalasari mendedahkan dia dan keluarga sudah terputus hubungan dengan penyanyi tersebut. 

Menurut Noor, pada bulan lalu (Mac) dia ada menghantar kiriman Whatsapp kepada Anita bagi menyampaikan ucapan ulangtahun kelahiran, namun mesejnya tidak menerima balasan.

Saya tak pasti sama ada dia sudah bertukar nombor telefon kerana panggilan daripada adik-beradik yang lain juga tidak berjawab. Sebelum ini, sesekali dia ada menghubungi kakak saya yang lain memaklumkan perkembangan terbarunya. Ia sedikit-sebanyak melegakan saya. o

Sejak penghijrahan Anita dan suami, Mohamad Mahathir Abdullah ke Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2013 yang lalu, pelbagai spekulasi timbul berkaitan penyanyi tersebut. 

Ada yang mendakwa Anita dan suami telahpun bercerai, malah tak kurang mengatakan penyanyi itu sudah bertudung. 

Namun, Noor menafikan khabar angin pasangan tersebut bercerai. Malah, Anita turut memaklumkan kepadanya dakwaan dia sudah bertudung juga adalah tidak benar. 

Bagaimanapun sebagai adik, Noor sentiasa mendoakan agar kakaknya itu kembali ke jalan yang diredhai-Nya. 

Saya berharap semoga dia sihat di samping suaminya. Paling penting walaupun di negara orang, dia tetap berpegang pada landasan agama Islam. Kita kena sentiasa ingat Allah kerana Dia yang beri hidayah untuk kita. Saya sentiasa mendoakan supaya kakak berubah,

Terdahulu, keberangkatan Anita pada tahun 2013 bersama suami ke Las Vegas dikatakan dalam keadaan tergesa-gesa dan hanya dua hari sebelum pemergiannya perkara itu dimaklumkan kepada keluarga. Misteri kehilanga Anita terus menjadi tanda tanya apabila usaha mencari beliau di Las Vegas menemui jalan buntu. 
loading...

0 comment... add one now