Rupa-Rupanya Cabut Gigi pun Ada Bahaya dan Pantang Larangnya. Sila Ambil Tahu Ianya Melibatkan Nyawa Anda!

Tahukah anda bahawa terdapat 6 situasi berbahaya yang boleh terjadi semasa dan selepas mencabut gigi?

1. Luka boleh dijangkiti kuman
Luka mungkin meradang jika tidak disapu ubat anti radang.

2. Luka berdarah
Jika anda makan makanan keras sebelum luka cabutan gigi pulih sepenuhnya, luka mungkin akan berdarah.

3. Gusi bengkak
Jika doktor gigi tercederakan tisu lembut atau tulang di sekitar gigi semasa mencabutnya, gusi anda boleh membengkak. 

4. Kerosakan saraf gigi
Jika lokasi gigi yang dicabut berhampiran saraf, mencabutnya boleh mengakibatkan kerosakan saraf gigi.

5. Gigi berubah posisi (menjadi tidak teratur)
Selepas gigi dicabut, jika tempat gigi tersebut tidak diganti dengan proses tanam gigi, gigi-gigi bersebelahannya akan berubah posisi (mengambil alih ruang kosong tersebut) maka gigi menjadi jarang.

6. Sakit gigi
Beberapa hari selepas gigi dicabut, kawasan luka mungkin sakit malah kesakitan boleh merebak ke bahagian telinga dan rahang selain nodus limfa membengkak. Pembukaan mulut boleh menjadi terhad malah demam merupakan satu kemungkinan. Keadaan ini boleh menyebabkan osteitis alveolar (radang tulang alveolar).

Tahukah anda pula bahawa terdapat mereka yang tidak boleh mencabut gigi?

1. Pesakit penyakit kardiovaskular
Pada kebiasaannya, pesakit sakit jantung masih boleh mencabut gigi asalkan tidak menghidap kegagalan jantung (aktiviti ringan menyebabkan degupan jantung berlebihan dan kekurangan nafas) dan anestetik tidak mengandungi epinefrina.

2. Pesakit hipertensi
Mereka yang menghidap penyakit yang menyebabkan pendarahan seperti hemofilia tidak digalakkan untuk mencabut gigi kerana pendarahan serius mungkin berlaku sehingga membahayakan nyawa. Begitu juga dengan pesakit leukemia kerana mudah terkena jangkitan bakteria.

3. Semasa haid
Sel darah dalam badan akan berkurang sementara darah sukar membeku ketika menstruasi.  Jadi, jika anda mencabut gigi semasa haid, pendarahan serius boleh terjadi.
loading...

0 comment... add one now