2 Minggu Koma 'Roh Lelaki Ini Bagaikan Diangkat Ke Langit'.. Cerita Yang Mengubah Sempadan Iman!

Duit sering kali menjadi perkara penting dalam kehidupan manusia. Ada orang yang Allah kurniakan rezekinya berlimpah ruah namun masa yang sama, lupa mensyukuri nikmatNya. Ada yang rezekinya sedikit tetapi sangat mencukupi untuk keperluan seluruh ahli keluarga kerana keberkatan rezeki itu sendiri.

Kita sering saja merasakan wang adalah keperluan utama. Kita akan sentiasa bekerja, terus bekerja sehingga lupa siapa jiran tetangga, terleka solat lima waktu sehari semalam seperti diwajibkan. Kerana  duit juga, ramai yang kerasukan hatinya termasuk berkelakuan luar dari batas undang-undang.

Kehidupan di dunia ini sangat singkat, pendek kata, adalah bagaimana kita menguruskannya. Adakah mengejar material semata-mata atau kita mendapat kedua-duanya, dunia dan akhirat. Jika kita terlalu mengejar dunia, kita hanya akan mendapat dunia, namun kalau kita mengejar kedua-duanya, Insya-Allah kita akan memperoleh rahmatNya.

Kisah ini adalah kisah pengalaman hidup, Haji Maaruf bin Mohd Jan, 57 tahun atau mesra disapa abang Amir,  bekas tukang masak di hotel terkemuka negara. Kepakarannya dalam masakan Melayu membuatkan dia pernah dilantik untuk berkhidmat selama tiga tahun kepada Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah di Brunei Darulsalam.

Cerita Koma Abang Amir

Petang itu, Abang Amir mundar-mandir. Resah. Duduk salah, berdiri salah. Baring pun tidak lena. Di dapur rumah mereka, ada jiran yang datang ke rumah menziarahi isterinya, Zuraidah Ismail yang baru beberapa hari menjalani pembedahan membuang fibroid.

Tidak lama kemudian, kecoh dengan teriakan. abang Amir tumbang secara tiba-tiba dengan mulutnya  berbuih-buih. Panik isterinya hingga dia terlupa luka jahitannya belum sembuh lalu dipangkunya suami sehingga jahitannya terbuka. Dalam keadaan panik itu dia sempat menelefon ambulan.

Tidak sampai 10 minit, ambulan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) datang. Paramedik segera berkejar dan mengangkat abang Amir ke dalam ambulan dengan anak sulungnya, Faizal mengikut sama perjalanan ke PPUM.

Ketika di dalam van itulah, paremedik mengesahkan jantung abang Amir sudah terhenti sejak tiga minit lalu dan meminta anaknya itu redha menerima suratan takdir. Namun Faizal terus merayu agar oksigen yang dipasang kepada bapanya jangan dibuka kerana  terlalu sukar untuknya menerima kenyataan dalam keadaan mengejut begini.

Urusan Allah Taala, sesungguhnya Dia Maha Berkuasa. 

Dalam tangisan yang masih bersisa, berlaku keajaiban di mana pemakaian oksigen itu seakan-akan  menjadi bantuan untuk bapanya di mana tidak lama selepas itu,  nadinya kembali berdenyut namun sangat lemah.

Sesampainya di unit kecemasan, abang Amir diberi bantuan segera. Tubuhnya dipenuhi wayar untuk bantuan sokongan hayat sebelum dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pemantuan rapi.

Dalam tempoh dua hari di wad ICU, abang Amir masih belum melepasi tahap kritikal malah doktor memaklumkan, bagi sanak saudara yang mahu datang menziarah, diberikan kebenaran kerana  dia mungkin akan “pergi” bila-bila masa. Masing-masing diminta redha dengan apa saja yang berlaku.

Sejak dimasukkan ke hospital, banyak surau dan masjid-masjid di kejiranannya mengadakan solat hajat  agar diberi kesembuhan segera untuknya. Tidak kira malam atau siang, ada saja sanak saudara, jiran tetangga yang datang menziarah. Semuanya melahirkan rasa simpati dan meminta ahli keluarga terus berdoa.

Seminggu dua terus berlalu, keadaan abang Amir, tidak berubah biarpun doktor melakukan pelbagai  usaha. Di saat semua ahli keluarganya sedang menangis, abang Amir memberitahu, dia melalui satu pengalaman luar biasa. Di dalam komanya itu, dia terasa tubuhnya seperti diangkat ke langit.

Pada diri, dia berkata, agaknya sudah sampai masa untuk aku pergi menemui Sang Pencipta. Tapi ia bagaikan sebuah mimpi nyata, tubuhnya tidak berjaya menebusi pintu langit! Pengalaman itu terasa benar-benar terjadi biarpun hanya di dalam koma.

Peristiwa aneh yang berlaku dalam tempoh dia koma itu sudah tiga tahun berlalu. Hari ini, Alhamdulillah, dengan segala nikmat dan kekuasaan Allah, abang Amir masih lagi bernafas. Mampu menghirup kembali udara segar. Dia kelihatan sihat dan tubuhnya yang kurus cengkung dahulu, kini sudah mulai berisi.  Benarlah kata orang, ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki, semuanya ketentuan Allah.

Dua Minggu Terus Berlalu

Keadaan abang Amir, tidak berubah biarpun doktor melakukan pelbagai  usaha. Di saat semua ahli keluarganya sedang menangis, abang Amir memberitahu, dia melalui satu pengalaman luar biasa.

Di dalam komanya itu, dia terasa tubuhnya seperti diangkat ke langit. Pada diri, dia berkata, agaknya sudah sampai masa untuk aku pergi menemui Sang Pencipta. Tapi ia bagaikan sebuah mimpi nyata, tubuhnya tidak berjaya menembusi pintu langit! Pengalaman itu terasa benar-benar terjadi biarpun hanya di dalam koma.

Ketika berada di pintu langit yang tidak terbuka itu, abang Amir mendengar surah al-Mulk dibacakan berulang kali termasuk suara yang menyatakan belum tiba masanya lagi. Sebagai hambanya yang lemah, abang Amir redha dengan segala ketentuan Illahi.

Peristiwa aneh yang berlaku dalam tempoh dia koma itu sudah tiga tahun berlalu. Hari ini, Alhamdulillah, dengan segala nikmat dan kekuasaan Allah, abang Amir masih lagi bernafas. Mampu menghirup kembali udara segar. Dia kelihatan sihat dan tubuhnya yang kurus cengkung dahulu, kini sudah mulai berisi.  Benarlah kata orang, ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki, semuanya ketentuan Allah.

Berkongsi kisah kejadian aneh semasa koma itu, Abang Amir berkata, ketika terasa tubuh seperti diangkat ke langit itu, dia terasa dirinya terapung-apung melepasi awan. Apa didengarinya sepanjang tempoh tersebut hanyalah bacaan ayat suci al-Quran. Dia juga seolah-olah terdengar satu  suara mengatakan masanya belum tiba!

"Saya membuka kembali surah al-Mulk itu iaitu surah keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. Maksud ayat ini adalah  Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (67:15)," katanya memaklumkan, selepas seminggu pulang ke rumah, sekali lagi dia koma.

Berubat Dengan Ustaz

Rupanya Allah sudah mengatur perjalanannya ke arah yang lebih baik, menjadi insan yang tawaduk dan segera menunaikan solat tiba waktunya.

"Sebenarnya dua kali saya koma. Kali kedua juga sama, doktor memaklumkan tiada  harapan tetapi isteri, Zuraidah mengambil keputusan membawanya mencuba perawatan Islam. Mungkin Allah mahu memberi saya signal.

"Dalam keadaan tidak sedar itu, rakaman video menunjukkan saya dibedah lalu keluarlah paku berkarat, helaian-helaian miang halus dan banyak lagi. Sejak berubat dengan ustaz, tubuh lebih segar dan saya nekad berhenti kerja," katanya memaklumkan, selama bekerja berpuluh-puluh tahun termasuklah berkhidmat dengan orang kenamaan, dia hidup mewah tapi kurang mengingati Allah taala khususnya dalam ibadah wajib iaitu solat lima waktu selain solat-solat sunat terawih khususnya di bulan Ramadan.

Kita Ada Duit Tapi Jiwa Kosong


"Saya menyediakan puluhan makanan untuk hidangan berbuka puasa di hotel-hotel besar. Sebagai ketua chef bahagian masakan Melayu, tugas saya tidak habis selama sebulan lamanya, bersambung ke sambutan Aidilditri dan sebagainya.

"Selama bekerja ini saya tidak pernah ada peluang menunaikan solat terawih. Hidup saya berlalu begitu sahaja. Malam-malam di bulan Ramadan berlalu begitu sahaja tanpa ada pengisian biarpun Ramadan bulan penuh keberkatan. Kata orang memang kita ada duit, tetapi jiwa kosong kerana jauh dari Allah.

"Pengalaman koma ini menginsafkan saya. Untuk apa kita terus mencari duit kalau keberkatan itu semakin jauh?. Allah memberi rezeki dengan kudrat yang kita lakukan tetapi itulah juga ujiannya.

"Ujian sama ada mengingatinya atau alpa dengan duniawi yang kalau tidak diuruskan dengan baik, akan menjerumuskan seseorang ke arah kelalaian. Hari ini, sebelum azan berbunyi, saya sudah bersedia di masjid untuk solat berjemaah. Inilah nikmat yang saya peroleh."

via majalah Mingguan Wanita
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda