Doa Selepas Azan, Rahsia Syafaat Rasulullah SAW Yang Ramai Akan Menyesal Sebab Selama Ini Tidak Mengamalkannya...


Azan adalah kalimat yang sentiasa berkumandang di negara kita. Sebagai Muslim, seruan azan ini amat penting kerana ia menjadi tanda masuknya waktu solat fardu lima kali sehari semalam. Mereka yang me­nunggu-nunggu waktu solat dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan di akhirat kelak.

Gambaran tentang keadaan di mahsyar sudah banyak kita dengar dan baca. Umumnya ia adalah keadaan yang amat sulit dan sukar diluahkan dengan kata-kata. Bagi menggambarkan suasana itu, Allah berfirman yang bermaksud:
"Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, daripada ibu bapanya, daripada isteri dan anak-anaknya. Setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya". (Abasa: 34-37)

Di mahsyar, jutaan manusia berkumpul, tingkah lakunya tidak keruan, merasakan sangat lapar dan dahaga, panas terik kerana matahari berada sejengkal di atas kepala. Masing-masing sangat susah sehingga badannya panas, otaknya mendidih, menangis dengan keluh kesah dan menyesal. Menyesali perbuatannya ketika di dunia.

Keadaan yang sangat panas menyebabkan peluh mengalir deras persis diperah. Peluh orang sekian banyak memenuhi mahsyar sehingga seperti air bah. Semua orang tenggelam oleh banjir peluh.

Ada yang sampai buku lali, ada yang sampai ke betis, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke paha dan ada yang tenggelam terus dalam peluh. Semua itu menurut dosa masing-masing ketika di dunia.

Setelah manusia merasakan kesusahan yang tidak ter­hingga beribu tahun lamanya, dan kesudahan yang mencapai puncaknya, maka mereka mencari syafaat (pertolong­an) para nabi supaya memohon syafaat kepada Allah.

Justeru amat penting bagi kita berusaha melakukan amalan yang mana akan menjamin Rasulullah SAW memberi syafaat dalam saat-saat yang sangat genting di mahsyar. Antara amalan yang mudah tetapi mampu memberi syafaat adalah membaca doa selepas azan. Sayangnya masih ramai yang tidak mengambil serius bab ini.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;
“Siapa yang mengucapkan selepas mendengar azan: Allaahumma Rabba hadzihi al-da’wati al-taammati wa al-solati al-qa-imah, Aati Muhammadan al-wasilata wa al-fadhilah, wab’atshu Maqaman Mahmudan alladzi wa’adtah” (Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang didirikan, berilah kepada Muhammad al-wasilah dan kelebihan, dan bangkitkan baginda di kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan baginya); maka halal baginya syafaatku pada hari kiamat. (Riwayat Bukhari)
Secara umum, syafaat bererti perantara seseorang de­ngan yang lain; sama ada antara manusia dengan manusia, atau dalam isu ini antara hamba dengan Allah, demi mendapat maslahat atau menolak mudarat. Syafaat Nabi SAW bermaksud Rasulullah SAW menjadi perantara antara umat baginda dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW dikurniakan syafaat Al-Uzhma (yang paling besar) seperti yang disebut dalam hadis di mana semua nabi menolak memberi syafaat sehingga akhirnya manusia pergi kepada Nabi Muhammad SAW.

Kedua, syafaat kepada ahli syurga untuk masuk syurga. Rasulullah akan menjadi penghulu bagi seluruh ahli syurga.

Ketiga, syafaat untuk pak cik baginda, Abu Talib. Walaupun mati dalam kekufuran, disebabkan beliau menjaga nabi daripada gangguan kafir Quraisy, Allah mengizinkan Rasulullah memberi syafaat kepadanya dengan dikurangkan azab neraka ke atasnya. Azab paling minimum itu di mana api neraka hanya sampai di pergelangan kakinya pun begitu, ia menggelegakkan otak.

Keempat, syafaat untuk mengeluarkan pelaku dosa besar atau kecil dari neraka dan dimasukkan ke syurga, dan kepada orang yang masuk neraka untuk tidak masuk neraka.

Sumber: Utusan
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda