Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Basuh Dahulu Kurma Sebelum Dimakan

Kebiasaannya bila kita makan kurma, kita tidak akan basuh dahulu kurma tersebut mungkin kerana kita fikir kurma yang diletakkan di dalam kotak sudah dibasuh terlebih dahulu. Wanita ini berkongsi bagaimana proses pengurusan kurma sebelum diimport ke Malaysia dan betapa pentingnya kita perlu mencuci dahulu kurma tersebut sebelum dimakan.

Semalam kan Kak Bib tanya, korang makan kurma basuh ke tak? Macam macam jawapan lak yang lak Bib dapat.

Ni nak citer ni. Bapak sedara kak Bib, dia import sendiri kurma dari Madinah tau. Takde guna guna orang tengah.

Jadi, dia selalu ler pegi ladang sampai ke kilang. Isteri dia follow belakang.

Isteri dia merangkap mak sedara kak Bib kata, kalau la korang tengok macam mana dorang handle kurma, pasti korang tak sampai ati nak makan tanpa cuci.

Haih, bukan nak suro basuh tu macam basuh ikan ke cuci pinggan. Cuci macam lalu kan air gitu jek. At least habuk habuk yang melekat tu tanggal la kan. Warna kurma pun lagi cantik berseri.

Kurma tu bukan petik terus masuk kotak. Di campak tanpa ihsan tanpa perasaan kat tanah yang 'bersih' dulu beb.

Tak nak citer lelebih la. Nanti korang makan tak kenyang, mandi tak basah. Nanti sapa yang susah? Koranggg jugakkk 😂

**#Pssst; kurma tu bila dah jirus air, terus tos. Tak yah letak sabun ke shampoo. Pastu kering kan dalam suhu bilik sampai dia kering. Jangan lupa tutup! Takut ntah binatang apa apa tumpang lalu kannnn!!

Ikhlas, Kajol

Sumber: FB Habibah Badar Bajrai 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!