Kasihnya Anak, 4 Beradik Sanggup Berumah Di Hospital Untuk Jaga Ibu Meskipun Sudah Berkeluarga

IBU, engkaulah ratu hatiku. Jasa dan pengorbanan ibu pastinya sentiasa tersemat di hati anak-anak.

Seperti yang diketahui, ibu merupakan insan paling penting dalam hidup kita, saat kita di waktu kesusahan, stress pasal kerja atau hilang harapan, ibulah orang yang sentiasa menyokong dan menyayangi anak-anaknya.

Biarpun anak-anak mempunyai pelbagai karenah, tetapi ibu tetap sabar dan menangani sebarang masalah dengan senyuman.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Isma Jannah di laman Facebook, dia berkongsikan foto kenangan keempat-empat adik beradiknya yang gigih ‘berkhemah’ demi menjaga ibu mereka yang bakal menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Terbaik, 4 Beradik Gigih 'Berkhemah' Jaga Ibu

“Sepanjang minggu ini, nikmatnya bermalam di hospital. Alhamdulillah, cukup lengkap 4 beradik kami kesemuanya.

“Masing-masing tinggalkan sebentar anak dan isteri untuk berkhidmat pada mak. Sesekali keluar kisah zaman kecil-kecil dulu dari mulut mak buatkan kami ketawa besar  ,” tulis Isma.

Foto tersebut dikongsikan oleh IsmaJannah membuatkan ramai netizen terharu dengan keazaman mereka dan rata-ratanya mengucapkan tahniah kerana berjaya menunjukkan contoh anak yang bertanggungjawab kepada orang ramai.

“Semoga bonda kalian cepat sembuh. Pastinya ibu sangat gembira meliaht anak-anak yang tersayang ada bersama-sama disaat memerlukan sokongan. Tahniah kerana menjadi contoh terbaik kewajipan seorang anak lelaki terhadap ibunya,” kata Fauziah Mohd.

“Aduh, air mata aku menitis melihat foto ini. Kalau kat  Hospital Sungai Petani mahu nya aku pi buat photoshoot anak beranak ni,” tulis Oren Kaler.

“Sejuk hati dan ibu yg melahirkan kalian.. Semoga bonda cepat sembuh.. Allahu Akbar… ☺☺,” kata Hafifah Wan.

Semoga ibu kepada empat beradik ini lekas sembuh dan diharapkan kegigihan mereka dalam menjaga ‘cinta hati agung’ dapat dijadikan contoh kepada seluruh lapisan masyarakat. 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda