Ternampak 2 Kanak² Dlm Keletihan Kerana Memikul Seguni Jagung. Bila Di Soal Jawapan Mereka Buat Ramai SEBAK !!!

Di Internet telah menular beberapa gambar mengenai adik-beradik yang menjual jagung rebus di jalanan bagi menyara keluarga mereka.

Terbelenggu di dalam keadaan keluarga yang miskin, dua beradik ini seringkali ponteng sekolah dan terpaksa bekerja bagi menyara perbelanjaan keluarga mereka.
Si abang yang kurus dan kelihatan penat akan berbual bersama pelanggan manakala adik perempuannya membantu menjual jagung rebus tersebut kepada penduduk tempatan yang lalu lalang di kawasan tersebut.
Daripada pergi ke sekolah untuk menuntut pelajaran, dua kanak-kanak ini terpaksa berlegar-legar sepanjang hari di jalanan untuk menjual jagung rebus bagi mendapatkan pendapatan sampingan.
Walaupun kelihatan penat dan tidak berdaya, mereka terpaksa membawa seguni jagung untuk dijual kepada orang ramai.
Dua beradik ini dilihat berada di jalanan demi memperoleh wang hasil jualan jagung rebus.

Menularnya kisah dua beradik ini meninggalkan pelbagai tanggapan yang positif mahupun negatif oleh netizen.
Ada yang memuji kerana walaupun masih kecil, mereka sanggup membantu meringankan beban ibu bapa. Ada juga yang mengeji kerana menganggap kanak-kanak ini harus ke sekolah dan berseronok bersama rakan sebaya bukannya bekerja.

ChiMigz R. Catapang yang memberi komen di laman Facebook menyatakan bahawa dia berharap agar kedua-dua anak ini akan menghabiskan jualan mereka secepat mungkin supaya mereka boleh pulang ke rumah, bermain, rehat dan menikmati zaman kanak-kanak mereka.
Melihatkan kepada situasi dua kanak-kanak ini menyebabkan Einag Rodad mengimbas kembali pengalamannya sewaktu berada di sekolah tinggi. Dia menyatakan dia pernah menjual roti dan gula-gula demi mendapatkan wang.
Seorang lagi pengguna lain pula amat memuji sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua beradik ini.
Walau bagaimanapun, ibu bapa mereka merupakan individu yang harus memikul tanggungjawab mencari nafkah bagi keluarga dan tidak menyerahkan sebahagian tanggungjawab tersebut kepada anak-anak. Mungkin atas dasar itulah, kisah ini menjadi tular dan menarik perhatian ramai netizen.
Siapalah kita untuk menghakimi situasi yang dihadapi oleh keluarga lain.
Tetapi sebagai seorang yang mengambil peduli terhadap kebajikan kanak-kanak, kita seharusnya melindungi serta berusaha memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak. Ia adalah penting bagi menghasilkan generasi pelapis yang berdaya saing serta memiliki minda kelas pertama.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!