Posts

Showing posts with the label Adab

Adab ketika Sakit Menurut Imam al-Ghazali

Image
Di antara kenikmatan yang kerap terlupakan selain waktu luang adalah kesihatan. Manusia seringkali baru merasakan besarnya anugerah kesihatan ketika ia ditimpa sakit. Ini mirip kala orang mulai menganggap nilai penting cahaya ketika ia diliputi situasi gelap. Jika sudah tertimpa sakit, memang tak ada gunanya mengeluh atau menyesali keadaan. Pilihan yang paling masuk akal adalah menjadikan keadaan tersebut sebagai keadaan berharga bagi perbaikan diri. Dalam kitab al-Adab fid Dîn, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bn Muhammad al-Ghazali mencatat beberapa ada yang harus dilakukan oleh seseorang ketika menderita sakit. Pertama, memperbanyak ingat kematian (al-iktsâr min dzikril maut). Meski tidak selalu, sakit sering menjadi tanda seseorang akan menemui ajal. Inilah ketika tepat si sakit menumbuhkan kesedaran bahawa kelak dia kembali ke hadirat-Nya dan arena itu kehidupan di dunia ini perlu persiapan yang matang. Meskipun, ingat kematian sesungguhnya dianjurkan terjadi setiap ketika...

Kenapa Mimpi Buruk Tidak Boleh Diceritakan Pada Orang Lain? Inilah Sebabnya...

Image
Sering kita dapati beberapa orang yang suka menceritakan mimpi, baik ataupun buruk. Padahal Nabi pernah menjelaskan dalam berbagai hadis tentang hukum menceritakan mimpi baik dan buruk kepada orang lain. Sebagaimana kita ketahui, Mimpi merupakan suatu kejadian yang dialami manusia ketika tidur. Mimpi adakalanya benar dan tidak benar. Tidak hanya terjadi pada manusia awam saja, Namun para Nabi pun juga mengalami mimpi. Mimpi pada seseorang adakalanya menyenangkan dan ada juga menyeramkan dan menyedihkan. Contohnya mimpi bertemu dengan orang yang kita cintai, mimpi dikejar makhluk halus, mimpi mati dan lain sebagainya. Kebanyakan mimpi orang awam terjadi dengan campur tangan syaitan. Sedangkan mimpi para Nabi dan Rasul merupakan mimpi petunjuk dari Allah SWT. Disebutkan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: الرؤيا ثلاث حديث النفس وتخويف الشيطان وبشرى من الله “Mimpi itu ada tiga m...

Sila Beri Perhatian! Inilah 3 Waktu Tidur yang Dilarang dalam Pandangan Islam

Image
Seperti diketahui, tidur setelah waktu Subuh merupakan salah satu hal yang dilarang dalam Islam. Namun ternyata, tidak hanya setelah Subuh. Ada waktu-waktu lain yang tidak boleh digunakan untuk tidur menurut pandangan Islam. Untuk itu, berikut kami ulas beberapa istilah yang biasa digunakan untuk menyebut tidur yang boleh dan tidak boleh dilakukan. 1. Hailulah Hailulah ialah tidur sehabis solat Subuh. Tidur jenis ini dilarang kerana dapat menghalangi kita dari rezeki yang Allah turunkan pada pagi hari. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila kamu telah selesai solat Subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki." (HR. Thabrani) 2.  Qailulah Qailulah secara bahasa ertinya tidur pada pertengahan siang. kerana ertinya “tidur siang”, sebahagian besar orang menyangka qailulah merupakan “tidur siang” dalam erti sebenarnya, iaitu benar-benar tidur.  Pada nyatanya,qailulah tidak harus tidur, istirehat pada siang hari juga sudah t...

Mengapa Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Tidur. Jawapan Soalan Ini Akan Buat Anda TAKUT !!

Image
Sudahkah membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita mendudukinya dan tidur di atasnya? Tentunya sambil mengucapkan BISMALLAH. Ternyata ada fakta saintifik di baliknya yang tentu saja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini? Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunah yang satu ini sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam bersabda "Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya."  (HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan "Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali." (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410) Sekurang-kurangnya ada dua alasan penti...

Inilah 6 Perkara Wajib Anda Tahu Semasa Tempoh Pertunangan. Jangan Ambil Mudah Menghalalkan Apa Yang Masih Haram!!!

Image
loading... Seperti kita tahu, pertunangan adalah satu ungkapan yang menyeru kepada pernikahan. Ia adalah satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan.  Ia bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan. Walaupun begitu, ia bukanlah satu ‘lesen’ untuk kedua pihak bebas bergaul. Mereka masih perlu menjaga adab-adabnya. Ini kerana pertunangan di sisi Islam adalah sama sahaja hubungannya sebelum berkahwin dan mereka masih dianggap ‘ajnabi’. Antara adab-adab yang perlu dipelihara bersama antara kedua pihak ialah; #1 – Tidak Berdua-duaan Sebaiknya, elakkan bertemu secara berdua kecuali ditemani mahram (bagi perempuan). Mahram tersebut mestilah mencukupi syarat iaitu mereka yang sudah berakal dan mampu membezakan antara baik dan buruk. Rasulullah saw bersabda; “Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang ...

Perhatian Buat Mereka Yang Suka Membazir Terutama Sekali Yang Suka Membuang Nasi. Sila Baca Dan Renungkan...

Image
Kalau Allah murka, Allah boleh mencipta pelbagai jenis musibah untuk memberi peringatan atas kealpaan kita, walaupun negara kita aman dan nampak macam tiada bala bencana seperti puting beliung, gunung berapi dan lain-lain lagi. Kenaikkan harga tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang keperluan yang lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala keegoan manusia menerpa. Apabila Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan solehah pun akan terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah tersebut kecuali mereka yang Allah lindungi kerana ada amalan yang Allah suka. Mungkin kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam perbuatan kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain perbuatan lagi. Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan p...

Benarkah Seorang Perempuan Sedang Haid Dilarang Mandi Bahagian Kepala dan Potong Kuku? Berikut Jawapannya...

Image
Larangan semacam ini muncul dari kepercayaan yang salah bahawa di hari Kebangkitan nanti, semua bahagian tubuh seseorang akan kembali, sehingga jika rambut dan kuku tersebut dipotong pada waktu orang itu berada dalam keadaan tidak suci seperti junub dan haid. Maka bahagian-bahagian tubuh itu akan kembali kepadanya dalam keadaan najis. Ini adalah sebuah keyakinan yang sangat menyesatkan kerana tidak ada dasarnya sama sekali dalam agama. Keterangan yang ada justeru membuktikan sebaliknya. Aisyah ra, mendapat haid ketika mngikuti haji wadaa’. Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Bukalah ikatan rambutmu dan sikatlah. Lalu masuklah ke dalam ihram untuk mengikuti haji ….” [Shahih Bukhari dan Shahih Muslim]. Dan menyikat rambut biasanya selalu diikuti dengan lepasnya beberapa helai rambut. Lalu ada juga hadis hasan dalam sunnah Abu Dawud, tentang perintah Rasulullah SAW kepada seseorang yang baru memeluk Islam untuk memotong rambutnya, berkhatan dan mandi (gusl). Berdasarkan dua had...

Perkongsian Manfaat Besar Apabila Kita Diam Dan Mendengar Azan. Rugi Siapa Yang Bercakap Ketika Azan! Sila Sebarkan...

Image
MUSLIM hari ini kebanyakan melupakan adab-adab atau aturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Hal-hal yang ringan pun sering ditinggalkan, lambat laun prilaku meninggalkan ini akan menjadi punca kepada hal yang besar. Azan adalah seruan atau panggilan yang menjadi pertanda bahawa waktu solat telah masuk. Azan merupakan salah satu syiar agama yang paling agung, kerana mengabarkan kepada seluruh Muslim datangnya waktu solat sebagai ibadah wajib. Azan dikumandangkan oleh seorang muadzin. Sebagai yang mendengarkan azan, ada adab yang dianjurkan Rasulullah SAW. Dalam adab islam bahawa ketika azan hendak berkumandang maka diamlah kerana jikalau kita tidak mendengarkannya ataupun menjawabnya itu akan menjadi faktor lunturnya keimanan kita. Bahkan dalam realitinya, banyak orang kelu lidahnya di saat kematian. Kebanyakan orang yang nazak, saat hampir tiba ajalnya, tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakar...

Inilah 11 Amalan Yang Boleh Dilakukan Sewaktu Memasak Untuk Lembutkan Hati Anak Dan Suami

Image
Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap. Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat? Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya. Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untu...

Inilah Sebab Utama Rasulullah SAW Melarang Umatnya Makan Dan Minum Sambil Berdiri. Sila Sebarkan...

Image
Pernahkah anda mengalami situasi lebih kurang sama seperti di bawah ini? Pada masa kini, perbuatan minum sambil berdiri sudah menjadi budaya dan amalan dalam kalangan masyarakat, bahkan mereka tidak mempedulikan langsung kesannya pada diri sendiri. Dialog di suatu pagi yang hening antara ibu dan anak lelakinya: Ibu: Helmi, mari sarapan dulu sebelum ke sekolah. Zulhelmi: Baik ibu. (minum air sambil berdiri) Ibu: Subhanallah.. Duduk dulu baru minum, tak perlu tergesa-gesa. Zulhelmi: Takpa ibu. Saya sudah lewat ni, nanti tertinggal bas sekolah Apabila dinasihati, tidak dihiraukan umpama mencurahkan air ke daun keladi. Persoalannya, mengapa minum sambil berdiri dilarang sama sekali? Apakah rahsia disebalik larangan minum sambil berdiri? Adakah larangan tersebut boleh memudaratkan kesihatan diri? Dalam Islam amat menitikberatkan adab makan dan minum yang betul agar menjadi ikutan dan amalan dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w juga melarang perbuatan minum sam...