Perkongsian Manfaat Besar Apabila Kita Diam Dan Mendengar Azan. Rugi Siapa Yang Bercakap Ketika Azan! Sila Sebarkan...

MUSLIM hari ini kebanyakan melupakan adab-adab atau aturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Hal-hal yang ringan pun sering ditinggalkan, lambat laun prilaku meninggalkan ini akan menjadi punca kepada hal yang besar.
Perkongsian Manfaat Besar Apabila Kita Diam Dan Mendengar Azan. Rugi Siapa Yang Bercakap Ketika Azan! Sila Sebarkan...

Azan adalah seruan atau panggilan yang menjadi pertanda bahawa waktu solat telah masuk. Azan merupakan salah satu syiar agama yang paling agung, kerana mengabarkan kepada seluruh Muslim datangnya waktu solat sebagai ibadah wajib.

Azan dikumandangkan oleh seorang muadzin. Sebagai yang mendengarkan azan, ada adab yang dianjurkan Rasulullah SAW.

Dalam adab islam bahawa ketika azan hendak berkumandang maka diamlah kerana jikalau kita tidak mendengarkannya ataupun menjawabnya itu akan menjadi faktor lunturnya keimanan kita.


Bahkan dalam realitinya, banyak orang kelu lidahnya di saat kematian. Kebanyakan orang yang nazak, saat hampir tiba ajalnya, tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’. Ini sebabnya adalah kebiasaan remeh kita yang sering tidak mendiamkan diri saat azan berkumandang. Diriwayatkan sebuah hadis:

“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Abu Sa’id Al-Khudri pun mengabarkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُوْلُوْا مِثْلَ مَا يَقُوْلُ الْمُؤَذِّنُ
“Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin,” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum menjawab azan adalah sunah muakad. Ketika azan berkumandang, kita umat muslim dianjurkan untuk sejenak meninggalkan aktiviti dan mendengarkan lalu menjawab azan sebagai bentuk penghormatan kita kepada azan tersebut.

Rasulullah SAW pernah menjanjikan keutamaan mendengarkan dan menjawab seruan azan. Dalam sebuah hadis beliau mengatakan: “Barangsiapa yang mendengar suara azan kemudian dia berucap: Asyhadu alla ilaaha illahu wa anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluhu, radlitu billahi rabba wabi muhammadin rasulan wabil islami diinan (Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, aku ridha Allah sebagai Rabb, dan Muhammad sebagai Rasul dan aku ridha Islam sebagai agama), maka Allah akan mengampuni dosanya,” (HR. Muslim (579) dari Sahl bin Sa’ad)

Apakah manfaat yang boleh kita dapatkan dengan mendengar suara azan? Berikut rangkuman dari pelbagai sumber:

1. Diam mendengar azan dapat menenangkan fikiran ketika kita sedang sibuk dengan pekerjaan kita, contohnya di siang hari kita mengejar semua aktiviti agar segera selesai, manfaat dengan diam mendengar azan Zuhur dan Asar menjadi penyejuk bagi tubuh kita.

Ada hawa yang sejuk dan ada tempoh masa buat menenangkan hati serta fikiran ketika azan dikumandangkan, lalu kita diam dan mendengar.

2. Sebagai peringatan diri apapun aktiviti yang sedang kita lakukan atau apa-apa jua yang sedang kita ceburi, ketika diam mendengar azan menjadi detik-detik istimewa. Kita jadi mempunyai masa untuk mengingat lagi bahawa kita cuma hamba Allah yang hidup kerana Allah dan akan kembali pada-Nya suatu ketika nanti.

3. Membuka peluang terkabulnya doa daripada berbual, mengutamakan diam mendengar azan dan memanjatkan doa. Pada masa azan berkumandang adalah salah satu waktu doa jarang tertolak. Dari Sahl bin Saad bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Ada dua yang tidak tertolak dan jarang tertolak; doa pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk." (HR. Abu Dawud, Baihaqi, dan Hakim).

4. Balasannya syurga! Orang yang mendengar azan dan meyakini apa yang diucapkannya, maka dia mendapat janji syurga dari Rasulullah. Hadis dari Abu Hurairah, ia berkata, "Pernah ketika kami sedang bersama Rasulullah, Bilal bangkit untuk menyerukan adzan. Tatkala Bilal diam, Rasulullah bersabda," Siapa yang mengucapkan seperti ucapannya muadzin disertai dengan keyakinan, maka ia pasti masuk syurga. "(HR. an Nasa'i no. 674, dihasankan Al Imam Al Albani adalah shahih sunan an Nasa'i).

Wallahu a'lam. Semoga kita tergolong orang-orang yang mendapat hidayah.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda