Kisah Lelaki 171KG Ini Berjaya Kuruskan Badan Tanpa Ubat Inspirasi Untuk Nak Kurus Sebelum Raya

Kisah Lelaki 171KG Ini Berjaya Kuruskan Badan Tanpa Ubat Inspirasi Untuk Nak Kurus Sebelum Raya

Cukup-cukuplah mencuba pelbagai ubat kurus dari raya tahun lepas hingga raya tahun ni. Berat turun sekejap je lepas tu naik balik. Biasalah namapun ubat kurus sekadar turun berat sementara je lepas tu memang dah tak berkesan pada badan kita. Ini kerana badan kita tidak dibiasakan disiplin menjaga pemakanan dan membuat senaman. 

Pada yang betul serius untuk mendapatkan berat ideal sebelum raya tahun ini. Mungkin lelaki bernama Jazli ini boleh jadi inspirasi dan contoh yang baik buat mereka yang mempunyai azam untuk kurus namun sering kecundang dan tidak mempunyai motivasi diri yang tinggi. Mengaku sudah gemuk sejak berusia dua tahun, anda pasti kagum melihat diri Jazli yang sekarang! 

Artikel ini adalah hasil nukilan En Jazli Hassan

Kegemukan bukan baru bagi diri saya.sejak berumur dua tahun kegemukan telah dekat dengan diri saya.dari kegemukan diri saya bangkit bangkit..biarpun berkali-kali saya gagal menurunkan berat.saya cuba dan terus mencuba hari ini saya ingin buktikan di mana ada kemahuan dan usaha tiada yang mustahil.dari 171kg sy bermula akhirnya hari ini berat saya dah mencecah 85kg.saya telah buat 86kg seorang lagi manusia seberat anda semua.

Saya hanya mengamalkan diet low calories disamping membuat senaman berbasikal MTB ,berjoging,hicking dan latihan di gym.tiada mengamalkan sebarang produk pelangsingan.fomulanya hanya semangat dan nekad untuk berubah.pada hari ini saya tiada lagi masalah tidur berdengkur,saya mampu berjoging,mampu berkayuh basikal berpuluh kilometer dan saya rasa lagi berkeyakinan tinggi..

diet low carb jazli hassan

Saya hargai sokongan semua team basikal MTB seluruh malaysia yang berikan sokongan dan mengayuh bersama demi misi ini.terima kasih juga buat semua follower sy dari sy live MHI tv3 dan semua yang mengenali saya yg tiada putus2 berikan semangat pada saya.terima kasih kepada barisan Doktor pakar Pusat obesiti malaysia hospital putrajaya yang membantu sy mencapai impian saya sejak kecil.saya akan berusaha capai target sehingga berat saya mencecah 73kg..

Bersenam MTB jazli hassan


Kiritikan,hinaan,pujian dan sokongan saya ambil sebagai pembelajaran dan pembakar semangat untuk saya berjaya capai matlamat...terima kasih semua.

Kisah Lelaki 171KG Ini Berjaya Kuruskan Badan Tanpa Ubat Inspirasi Untuk Nak Kurus Sebelum Raya

Pelik dan hairan dulu baju nie muat2...skrg baju plak yg makin kembang...anda semua baju yang kembang ke atau badan yang makin kembang?..jgn putus asa..kejayaan tak datang sekelip mata...

Kisah Lelaki 171KG Ini Berjaya Kuruskan Badan Tanpa Ubat Inspirasi Untuk Nak Kurus Sebelum Raya


Ini bukan kisah dongeng nk tarik perhatian dan gilakan like...tapi nielah orang kata kalau dah berusaha pasti ada hasil..seluar saiz 60 cerita sejarah silam sy...dari 171kg ke 88kg..sedang berusha untuk mengecilkn badan ini...jauh sudah perjalanan sy...terima kasih semua...sekarang saya pingang 36

Jika ia mampu berikan inspirasi buat semua saya izinkan posting ini di sharekan..

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda