Anak Ada 2 Pusar di Kepala? Habislah....

Anak Ada 2 Pusar di Kepala? Habislah....

Semasa kita kanak-kanak bila ada rakan kelas yang nakal sangat, mesti cikgu cakap kat kawan sebelah dia..Cuba tengok berapa pusar atas kepala tu. Banyak sangat akal ni..Kadang kala tu bila pulang ke kampung mesti budak-budak yang nakal suka berkubang sekali kerbau tu dilabelkan ada pusar lebih dari satu. 

Perasan tak ada individu yang mempunyai satu pusar pada rambut. Ada yang mempunyai dua pusar pada rambut. Pusar tu apa? Pusar tu putaran berbentuk bulat pada rambut kita. Kalau kawan yang dah takde rambut tu tak payah nak susah-susah pergi tengok :)

Anak yang mempunyai dua pusar dikatakan agak nakal sikit, susah nak diuruskan, sukar untuk difahami, dan agak degil sekali. 


Memang sebegitulah sifat semulajadinya, tambahan lagi sangat petah bercakap, banyak bertanya yang perlu kita jawab, adakalanya atuk, nenek dan pakcik dan makcik sangat pening melayannya. Namun begitu sangat mudah diuruskan jika kena dengan gaya dan perlu banyak memuji nak memujuk anak.

Menurut Dato' Fadzilah Kamsah lagi, sifat Individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya sangat banyak akal, banyak idea, dan sangat bijak.


Anda mempunyai anak yang dua pusar di rambut? Hakikatnya? Jumlah pusar bukanlah petanda kenakalan cuma orang-orang tua memberikan "hint" supaya kita sebagai ibu bapa kena bagi lebih perhatian pada kanak-kanak yang ada lebih satu pusar ni sebab mereka mempunyai "daya kreatif" yang mungkin tak semua ibu bapa boleh tahan! 

Ada lebih dari satu pusar kadang kala menyukarkan untuk mengemas rambut. Belah kiri tak boleh, belah kanan tak boleh. Jadi bila ada anak yang lebih dari satu pusar ni ibu bapa kena kreatif juga untuk menggayakan rambut mereka :)
loading...

0 comment... add one now