4 Cara Mudah Membersihkan Celah Botol Minuman Yang Berdaki & Berbau Busuk. Tak Perlu Beli Botol Baru!

Sering membawa botol minuman ketika bekerja atau melakukan aktiviti luar? Salah satu hal yang harus diperhatikan adalah bagaimana cara membersihkannya dengan betul. Selama ini banyak orang yang meremehkan cara membersihkan botol minuman mereka kerana botol tersebut hanya diisi air mineral saja.

4 Cara Mudah Membersihkan Celah Botol Minuman Yang Berdaki & Berbau Busuk. Tak Perlu Beli Botol Baru!

Padahal jika terlalu sering dipakai, botol minuman biasanya tidak sempat untuk dibersihkan dengan betul. Botol minuman yang kerap digunakan lama kelamaan akan menimbulkan bau busuk dan jika diperhatikan bahagian dalamnya terutama di celah-celah mula kelihatan berselaput dengan daki dan kotoran. Kerana itu, digalakkan untuk selalu membersihkan botol minuman setiap hari atau dua hari sekali dengan cara yang betul.

Berikut adalah cara yang betul untuk membersihkan botol minuman, seperti disyorkan:

1. Gunakan Air Hangat dan Sabun
Keluarkan cairan dari dalam botol, kemudian masukkan air hangat yang sudah dicampur dengan beberapa titis sabun. Tutup botol, lalu goncang selama beberapa minit. Gunakan juga berus botol untuk membersihkan bahagian dalam, terutama jika botol memiliki leher yang sempit. Selanjutnya, bilas sampai bersih lalu biarkan semalam hingga benar-benar kering.


2. Gunakan Cuka
Cuka adalah pembersih semulajadi yang baik untuk membunuh beberapa jenis kuman dan bakteria. Namun cuka tak cukup baik untuk membunuh virus seperti dulu. Caranya adalah dengan membersihkan botol terlebih dahulu dengan air hangat dan sabun seperti tip yang pertama. Setelahnya, masukkan cairan cuka putih dalam botol, campurkan dengan air dingin. Biarkankan selama satu malam, lalu bersihkan keesokan harinya.

3. Gunakan Cairan Bleaching Yang Tidak Terlalu Pekat
Cairan bleaching juga boleh digunakan untuk membersihkan botol, namun sebaiknya gunakan cairan yang lemah dan tidak terlalu pekat. Cairan bleaching bahkan boleh digunakan untuk membersihkan mainan bayi dari kuman dan bakteria. Caranya, gunakan satu sendok makan bleaching kemudian campurkan dengan air. Masukkan cairan tersebut dalam botol, lalu biarkankan selama dua minit. Bersihkan dan biarkan hingga kering.

4. Gunakan Baking Soda
Jirus botol minuman dengan menggunakan air panas. Jika kotoran ataupun daki pada bekas minuman begitu sukar ditanggalkan, isikan penuh-penuh air panas di dalam bekas minuman dan letakkan sedikit pencuci pinggan mangkuk. Biarkan selama 20 minit.

Setelah itu, buang air di dalam bekas minuman dan isikan dengan 1/3 cawan beras dan 1/3 cawan baking soda. Beras sangat efektif untuk menyingkirkan daki yang kering pada permukaan botol minuman manakala baking soda digunakan untuk membasmi bau botol yang kurang menyenangkan.

Kemudiannya isikan sedikit dengan pencuci pinggan mangkuk dan air panas separuh. Tutup botol minuman dengan penutupnya dan goncangkan. Setelah anda mengoncangkan botol minuman beberapa kali, buka penutup botol dengan berhati-hati untuk mengelakkan ‘letupan’ gara-gara ereksi baking soda. Tuang lebihan ke dalam sinki.

Bilas dengan air yang bersih. Keringkan sepenuhnya di atas rak pinggan secara terbalik. Akhir sekali, bilas sekali lagi sebelum ingin digunakan.

Itulah beberapa cara yang betul untuk membersihkan botol dari kuman dan bakteria. Jangan hanya membersihkan botol dengan air biasa hanya kerana botol tak kelihatan kotor. Jika tak yakin menggunakan cairan bleaching, Anda boleh memilih cara yang lebih selamat iaitu menggunakan cuka seperti cara di atas.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!