Posts

Showing posts with the label Tip Dapur

7 Petua Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi, Boleh Tahan Sampai 2 Hari. Suri Rumah Wajib Baca Dan Sebarkan Ini..

Image
loading... Hairan juga kalau nasi yang kita masak cepat betul basi. Sedangkan, nasi bungkus yang kita beli di warung dan restoran biasanya boleh tahan sampai ke petang meskipun tidak disimpan dalam peti sejuk. Apa rahsia mereka agaknya? Dengan 7 tips masak nasi ini, Anda juga dapat menghindari nasi yang dimasak dari cepat basi.  Berikut adalah tips masak nasi yang boleh diamalkan agar tahan lebih lama. 1. BASUH HINGGA BERSIH Beberapa orang kata, jangan cuci nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Namun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi. Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras keluar sepenuhnya sebelum mencuci lagi buat kali kedua atau ketiga. Selain itu, Anda boleh juga membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis air jika ada di rumah. 2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi ...

Inilah 4 Langkah MUDAH Untuk Atasi Masalah Sinki TERSUMBAT Yang Ramai TAK TAHU !!!

Image
loading... Inilah 4 Langkah MUDAH Untuk Atasi Masalah Sinki TERSUMBAT Yang Ramai TAK TAHU !!! |  Masalah yang sering di hadapi di rumah ialah sinki tersumbat. pelbagai cara yang digunakan untuk mengatasinya namun ia tetap berulang. disini kami kongsikan tips untuk mengatasinya yang sangat mudah. Ni la rahsia abam, abam guna soda. Kedai hadware ade jual dik, tanya jelah tokey kedai tu. Biasanya soda ni tak display. Jangan tanya abam kenapa, abam pun tak tau. Ada orang cakap guna soda bikarbonat yang buat masak tu pn boleh. Tapi tak sekuat soda ni la. Kalau soda tu kuat abis melelas perut kau dik, tak gitu? Ni bentuknya soda tu, keping². Jangan kau pegang dengan tangan pulak, melelas tangan kau abam tak tanggungjawab dik. Ikut pandai kau la.. 2. Pastu kau masak air. Abam guna bekas paling besar abam ada. Lagi besar lagi banyak air, bermakna lagi banyak dia boleh cuci paip kau yang tersumbat tu. 3. Pastu kau letak soda macam ni ha. Tunggu air menggelegak...

Sangat BERKESAN! Sayur Tahan Lebih Lama & Segar Hanya Menggunakan Botol Air Minuman Terbuang!

Image
Untuk mereka yang bekeluarga adalah lebih jimat untuk masak dan makan di rumah berbanding dengan makan di luar. Kelebihan memasak sendiri bukan sahaja bagus dari segi penjimatan perbelanjaan untuk makanan tetapi juga menjamin kesihatan dan kesegaran makanan yang di masak.  Namun, masalah utama golongan ibu ialah memastikan bahan-bahan mentah untuk masakan kekal segar dan tidak semua bahan mentah boleh disimpan di dalam peti ais. Malahan tempoh hayat bahan mentah ini juga berbeza-beza, dan yang paling mudah rosak ialah buahan dan sayuran. Pastinya kita mahu mempunyai stok sayur-sayuran yang segar untuk jangka masa minimum satu minggu supaya tidak perlu bergegas setiap hari ke pasar? Cara ini cukup berkesan menolong anda. Tips ini boleh membantu sayur sayuran supaya lebih tahan lama serta tidak mudah layu. Dengan memakai botol sisa pembungkusan minuman air mineral, sayur-sayuran anda tahan lama serta tak layu.  Langkahnya begitu mudah, potong botol ...

Kekalkan Kesegaran Makanan Anda Dengan 10 Tip Ini, Tidak Perlu Risau Ia Rosak, Atau Layu Lagi

Image
Makanan yang telah digunakan seringkali cepat rosak, walaupun disimpan di dalam peti sejuk, ia kadangkala merugikan, kerana jika diikutkan tarik tamat tempoh masih lama lagi. Ini yang menyebabkan, setelah membeli makanan, ramai di antara kita, sama ada menghabiskannya, atau buang begitu sahaja. Bagi memastikan ketahanan sesuatu makanan itu untuk kekal lebih lama, anda terlebih dahulu perlu tahu bagaimana caranya untuk menyimpanan makan tersebut dengan betul. Terdapat 10 makanan yang telah dikongsikan oleh  Bright Side , di mana anda boleh memastikan jangka hayat makanan tersebut lebih lama, di mana tidak basi, layu, atau rosak. Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan. Semua orang mahu makanan yang segar dan terbaik untuk diri dan keluarga,, tetapi tidak semua orang mempunyai masa untuk ke kedai setiap hari. Disebabkan itu, kita perlu tahu bagaimana untuk menyimpan makanan di rumah, supaya tahan lebih lama.  1.Bekukan Susu Selama Beberapa Minggu Dah beli susu ...

Rupanya Ada Cara Mudah Untuk Mengasah Pisau Blender Yang Tumpul, Tak Payah Beli Yang Baru...

Image
Aktiviti memblender memang cukup sering dilakukan oleh kebanyakan orang semasa memasak di dapur. Bukan itu sahaja, banyak jenis buah-buahan dan sayuran yang diblender untuk dijadikan jus dalam memenuhi keperluan tubuh.  Bahan-bahan ini digunakan sebagai minuman untuk kesihatan tubuh, mahupun ramuan semulajadi sebagai rawatan kecantikan. Sehingga dalam mengolahnya pun juga tak lepas dari alat blender untuk menghaluskan semua bahan semulajadi tersebut.  Bahkan kegunaan blender tidak berhenti di situ saja, banyak jenis makanan yang boleh diproses menggunakan blender termasuklah aneka rempah-rempah pun juga menjadi salah satu bahan popular yang tidak lepas dari blender dalam melembutkannya.  Namun apabila blender sering digunakan, maka masalah yang tak boleh dielakkan iaitu mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Akhirnya aneka bahan yang dimasukkan ke dalam blender pun tak boleh dihaluskan secara maksima. Namun perlu anda tahu, bahawa unt...

Rupa-Rupanya Inilah Trik Paling Senang Nak Tahu Telur Masih Elok Atau Tak! Kongsikan Supaya Ramai Boleh Cuba...

Image
Telur merupakan sumber protein yang murah dan mudah di dapati. Cara penyediaannya yang mudah sama ada digoreng atau direbus menjadikan telur makanan pilihan sama ada mereka yang bekeluarga atau bujang. Sebelum membeli biasanya kita akan lihat tarik luput telur tersebut. Ada sesetengah telur akan ada tarikh luput pada tray bungkusan. Ada yang tak ada. Tapi kalau dah susun elok dalam frigde dah tak tahu dah bila tarikh luput, elok lagi ke tidak kan. Nak tahu elok ke tak kena pecahkan dulu baru tahu.  Tapi macam mana nak tahu tanpa pecah kan telur tersebut? Haa ada cara mudah iaitu hanya isi mangkuk dengan air sejuk dan letakkan telur di dalam mangkuk.  Di dalam telur ada udara kecil yang semakin membesar apabila semakin lama telur disimpan kerana udara yang masuk melalui pori-pori cengkerang telur. Semakin besar udara dalam telur akan membuatkan ia semakin ringan. Jika telur tenggelam ke bawah dan berada dalam keadaan melentang tu maknanya masih segar.  ...

6 Tip Agar Nasi di RICE COOKER Tidak Cepat Basi dan Kering. Dah Tahu Sila Sebarkan...

Image
Jika zaman dulu, memasak nasi atau sayur harus menyalakan dapur dan memasak nasi di dandang dapur kayu. Kali ini, memasak nasi dan sayur-sayuran boleh dilakukan dengan sangat mudah iaitu menggunakan rice cooker. Pakai rice cooker, nasi pun akan semakin cepat masak Tapi, sayangnya nasi yang dimasak di rice cooker akan lebih mudah basi, berwarna kuning atau bahkan teksturnya jadi kering dan keras. Lantas, bagaimana  agar nasi yang dimasak di rice cooker dan dihangatkan di sana tidak mudah basi, kuning atau kering? Buat kamu yang ingin mempunyai nasi tetap enak, putih dan teksturnya tidak kering semasa dimasak di rice cooker, jadi begini tipsnya. Manfaatkan Buah Lemon Sebelum memasak nasi, usahakan untuk menambahkan beberapa titis air limau nipis ke dalam beras. Air limau nipis selama ini dipercaya dapat membuat tekstur nasi akan semakin lembut dan sesuai dengan lidah kita, warna nasi menjadi lebih putih dan ia pun tidak akan mudah basi atau kering. Cuci Beras Hi...

4 Cara Mudah Membersihkan Celah Botol Minuman Yang Berdaki & Berbau Busuk. Tak Perlu Beli Botol Baru!

Image
Sering membawa botol minuman ketika bekerja atau melakukan aktiviti luar? Salah satu hal yang harus diperhatikan adalah bagaimana cara membersihkannya dengan betul. Selama ini banyak orang yang meremehkan cara membersihkan botol minuman mereka kerana botol tersebut hanya diisi air mineral saja. Padahal jika terlalu sering dipakai, botol minuman biasanya tidak sempat untuk dibersihkan dengan betul. Botol minuman yang kerap digunakan lama kelamaan akan menimbulkan bau busuk dan jika diperhatikan bahagian dalamnya terutama di celah-celah mula kelihatan berselaput dengan daki dan kotoran. Kerana itu, digalakkan untuk selalu membersihkan botol minuman setiap hari atau dua hari sekali dengan cara yang betul. Berikut adalah cara yang betul untuk membersihkan botol minuman, seperti disyorkan: 1. Gunakan Air Hangat dan Sabun Keluarkan cairan dari dalam botol, kemudian masukkan air hangat yang sudah dicampur dengan beberapa titis sabun. Tutup botol, lalu goncang selama beberap...

ALAMAK! Sinki Tersumbat! Jom Baca Petua & Cara Mengatasinya

Image
Boleh sakit jiwa kalau sinki tersumbat ni. Buat kerja membasuh pinggan, kuali, periuk dalam masa 30 saat, boleh jadi setengah jam kalau dah tersumbat. Tapi sekarang ni boleh kata semua rumah akan mengalami sinki tersumbat ni.  Jangan bimbang.. Ini dia beberapa petua yang boleh dipakai untuk selesaikan sinki tersumbat seperti kat bawah ni. 1. Clorox  Tuangkan Clorox ke dalam sinki dan juga air panas. Indah Water Konsortium pun menyarankan kaedah ini. 2. Air Panas/Mendidih Amalkan tuang air panas sebulan sekali untuk hilangkan lemak-lemak/sisa yang melekat pada saluran. 3. Soda bikarbonat Tabur soda bikarbonat ni ke dalam saluran dan tuang air panas. Tapi sebelum tu, keringkan air yang tersumbat supaya soda boleh turun terus ke saluran. 4. Garam kasar Garam sebagai bahan pelarut akan melarutkan segala kotoran. Campurkan bersama air yang mendidih dan tuangkan ke dalam sinki. Selamat mencuba. InsyaAllah dengan cara ni, korang takkan car...

Teknik Tanpa Perlu Menyental Hud Dapur Anda Kembali Kelihatan Baru Dan Berkilat!

Image
Bahagian hud dapur kebiasaannya terlepas pandang untuk dibersihkan. Lama-kelamaan bahagian itu boleh mengumpulkan sisa makanan, tumpahan kuah, minyak dan sebagainya yang menimbulkan kekotoran yang sukar dibersihkan.  Selain dari menjadi punca serangga pembawa penyakit 'singgah' di bahagian itu, pemilik rumah juga hadapi besi hud dapur mulai berkarat. Jadi bagaimana mahu membersihkan hud dapur anda supaya kelihatan baru semula, Ini langkahnya; Bahan-bahannya: Garam kasar Cuka/ jus lemon Serbuk baking soda Pencuci pinggan mangkuk Air panas Cara-caranya: 1. Asingkan terlebih dahulu bahagian grate (besi meletakkan periuk kuali) dan rendamkan ia semalaman di dalam sinki yang telah disediakan takungan air panas dan diletakkan sedikit pencuci pingan mangkuk. 2. Setelah itu, sediakan cuka dan yang dicampurkan sedikit dengan air dan pindahkan bahan tersebut ke dalam bekas penyembur. Sementara menunggu bahagian grate direndam, semburkan campuran tersebut ke bah...

Cara Mudah Dan Jimat Tajamkan Gunting Yang Telah Tumpul Tak Perlu Membazir Beli Yang Baru!

Image
Cara Tajamkan Gunting Yang Telah Tumpul . Lama-kelamaan, mata pisau pada gunting yang digunakan terus-menerus akan semakin keurang ketajamannya dibanding waktu pertama kali kita membelinya, hingga akhirnya menjadi tumpul.   Jika anda sukar memotong sesuatu dengan gunting yang tumpul, anda mungkin ingin membeli yang baru kerana harga gunting biasanya tidak terlalu mahal. Namun, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengasah gunting di rumah menggunakan beberapa peralatan rumah yang biasa ada kita simpan di dapur, serta sedikit latihan tangan! Untuk tajamkan gunting yang telah tumpul bukanlah sesuatu yang sukar. Hanya perlukan satu atau dua jenis bahan yang mudah didapati sahaja. Gunting yang kerap digunakan pasti akan menjadi tumpul. Lebih-lebih lagi bila kita sering menggunakan gunting itu untuk memotong plastik, pita pelekat dan benda-benda yang keras. Gunting yang tumpul tentunya akan merumitkan dan melambatkan kerja-kerja pemotongan. Jika gunting yang a...

5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah

Image
Nasi mentah.Nasi yang dimasak kadang-kala boleh juga menjadi mentah, walaupun kita selalu masak nasi. Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh di atasi. Caranya mudah saja, kerana semuanya ada di depan mata anda. Berikut 5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah: 1. Letakkan sebiji mangkuk kecil dan isikan air panas. Buatkan lubang pada bahagian tengah nasi, kemudian letakkan mangkuk itu. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak. 2. Renjiskan sedikit air ke atas permukaan nasi yang kurang masak, ambil penutup periuk dan balutkan dengan plastik kemudian tutup. Biarkan masak seketika. Nasi akan pulih seperti biasa. 3. Renjiskan sedikit air yang telah bercampur dengan garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu, dikacau sempurna dan tutup hingga nasi itu berwap. 4. Sebiji bawang di potong nipis, masukkan ke dalam periuk nasi, tutup tudung periuk ...