Sangat BERKESAN! Sayur Tahan Lebih Lama & Segar Hanya Menggunakan Botol Air Minuman Terbuang!

Untuk mereka yang bekeluarga adalah lebih jimat untuk masak dan makan di rumah berbanding dengan makan di luar. Kelebihan memasak sendiri bukan sahaja bagus dari segi penjimatan perbelanjaan untuk makanan tetapi juga menjamin kesihatan dan kesegaran makanan yang di masak. 

Sangat BERKESAN! Sayur Tahan Lebih Lama & Segar Hanya Menggunakan Botol Air Minuman Terbuang!

Namun, masalah utama golongan ibu ialah memastikan bahan-bahan mentah untuk masakan kekal segar dan tidak semua bahan mentah boleh disimpan di dalam peti ais. Malahan tempoh hayat bahan mentah ini juga berbeza-beza, dan yang paling mudah rosak ialah buahan dan sayuran.

Pastinya kita mahu mempunyai stok sayur-sayuran yang segar untuk jangka masa minimum satu minggu supaya tidak perlu bergegas setiap hari ke pasar?

Cara ini cukup berkesan menolong anda. Tips ini boleh membantu sayur sayuran supaya lebih tahan lama serta tidak mudah layu.


Dengan memakai botol sisa pembungkusan minuman air mineral, sayur-sayuran anda tahan lama serta tak layu. 

Langkahnya begitu mudah, potong botol jadi dua sisi supaya memudahkan kita memasukan sayur-sayuran yang akan kita simpan kedalamnya. 

Letakkan air sedikit sahaja pada bekas botol, jangan melebihi akar, supaya sayuran mendapat sumber air. Pastikan sayuran atau bahan mentah yang anda simpan adalah jenis yang tidak perlu di simpan di dalam peti ais dan lebih sesuai di simpan pada suhu bilik.
loading...

0 comment... add one now