Teknik Tanpa Perlu Menyental Hud Dapur Anda Kembali Kelihatan Baru Dan Berkilat!

Bahagian hud dapur kebiasaannya terlepas pandang untuk dibersihkan. Lama-kelamaan bahagian itu boleh mengumpulkan sisa makanan, tumpahan kuah, minyak dan sebagainya yang menimbulkan kekotoran yang sukar dibersihkan. 

cuci dapur masak, sental dapur masak, bersihkan dapur masak, hud dapur, cuci hud dapur

Selain dari menjadi punca serangga pembawa penyakit 'singgah' di bahagian itu, pemilik rumah juga hadapi besi hud dapur mulai berkarat. Jadi bagaimana mahu membersihkan hud dapur anda supaya kelihatan baru semula, Ini langkahnya;

Bahan-bahannya:
Garam kasar
Cuka/ jus lemon
Serbuk baking soda
Pencuci pinggan mangkuk
Air panas

Cara-caranya:


1. Asingkan terlebih dahulu bahagian grate (besi meletakkan periuk kuali) dan rendamkan ia semalaman di dalam sinki yang telah disediakan takungan air panas dan diletakkan sedikit pencuci pingan mangkuk.

2. Setelah itu, sediakan cuka dan yang dicampurkan sedikit dengan air dan pindahkan bahan tersebut ke dalam bekas penyembur. Sementara menunggu bahagian grate direndam, semburkan campuran tersebut ke bahagian badan hud dapur anda. Lap dengan menggunakan kain mikrofiber.

3. Setelah anda habis mengelap, bahagian grate itu tadi kemudiannya ditaburkan dengan serbuk baking soda. Untuk pembersihan maksimum, tambahkan dengan cuka atau jus lemon di atas grate yang telah dilapisi dengan serbuk baking soda.

4. Setelah 30 minit, cuci bahagian tersebut dari sisa-sisa serbuk baking soda dan bahan-bahan lainnya sehingga hilang.

5. Letakkan semula grate itu dan anda akan dapati hud dapur anda seperti baru kembali. Selamat mencuba!
loading...



Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda