Kekalkan Kesegaran Makanan Anda Dengan 10 Tip Ini, Tidak Perlu Risau Ia Rosak, Atau Layu Lagi


Makanan yang telah digunakan seringkali cepat rosak, walaupun disimpan di dalam peti sejuk, ia kadangkala merugikan, kerana jika diikutkan tarik tamat tempoh masih lama lagi. Ini yang menyebabkan, setelah membeli makanan, ramai di antara kita, sama ada menghabiskannya, atau buang begitu sahaja.

Bagi memastikan ketahanan sesuatu makanan itu untuk kekal lebih lama, anda terlebih dahulu perlu tahu bagaimana caranya untuk menyimpanan makan tersebut dengan betul.

Terdapat 10 makanan yang telah dikongsikan oleh Bright Side, di mana anda boleh memastikan jangka hayat makanan tersebut lebih lama, di mana tidak basi, layu, atau rosak.

Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan.

Semua orang mahu makanan yang segar dan terbaik untuk diri dan keluarga,, tetapi tidak semua orang mempunyai masa untuk ke kedai setiap hari. Disebabkan itu, kita perlu tahu bagaimana untuk menyimpan makanan di rumah, supaya tahan lebih lama. 


1.Bekukan Susu Selama Beberapa Minggu

Dah beli susu dengan banyak, tetapi tiba-tiba kena outstation, atau balik kampung. Jangan risau, kerana anda boleh sahaja bekukan susu, untuk ia bertahan lebih lama. Tetapi, perlu menuang sedikit susu tersebut, untuk memberi ruang di dalam botol susu tersebut. Namun, tidak lebih dari 4 ke 6 minggu, jika disimpan dengan cara ini.


2. Bekukan Telur Dalam Ice Tray

Ada masanya kita terlebih beli telur, dan tak mampu guna semuanya, atau, hanya menggunakan putih telur sahaja dalam masakan. Tetapi dengan membekukannya, di dalam ice tray, dan ditambah sedikit gula serta garam, telur ini mampu bertahan lebih lama. 


3. Simpan Sos Dalam Freezer Bag

Sos atau kuah spaghetti yang berlebihan, rugi untuk dibuang, kerana boleh digunakan untuk masakan yang lain. Masukkan sahaja dalam freezer bag, dan bekukan, bila dah membeku, potong secara kiub, dan gunakan bila perlu.


4. Balut Daun Salad Dengan Tuala Kertas

Ia akan membuatkan salad lebih segar dan rangup, sehingga seminggu lamanya. Ini kerana kelembapan yang berlebihan, akan terserap masuk ke dalam tisu.


5. Epal Bertahan Lebih Lama Dalam Peti Sejuk

Epal sememangnya mampu bertahan lebih lama, berbanding buah-buahan yang lain, dan masih mampu mengekalkan rasanya walau disimpan lama dalam peti sejuk. Namun, jika simpan epal dalam peti sejuk, jangan biarkan ia bersentuhan antara satu sama lain, cuba balutkannya dengan surat khabar, atau tisu.


6. Simpan Lobak Dalam Pasir

Sebelum gali pasir tu, pastikan bersih dari sebarang najis haiwan ya. Lobak akan kekal segar jika disimpan dalam pasir, ini kerana pasir melambatkan proses air tersejat, juga pereputan.


7. Terbalikkan Keju Dan Krim Masam

Jika menyimpan keju, atau krim masam di dalam peti sejuk, pastikan anda terbalikkannya. Ini kerana, ia akan menghalang pertumbuhan bakteria.


8. Daun Bawang Lebih Segar

Daun bawang yang ada bersama dengan akarnya, lebih baik disimpan di dalam gelas berserta dengan air. Ia akan mebuatkan daun bawang lebih segar, dan boleh terus tumbuh, dari anda meletakkannya dalam peti sejuk.


9. Tumbuhan Hijau Dalam Balang Kaca

Balang kaca amat sesuai untuk penyimpanan tumbuhan berunsurkan herba. Bawang, bawang putih, atau daun pasli, akan bertahan selama sebulan jika disimpan dengan cara ini. Sayur-sayuran juga tidak akan layu, atau rosak.


10. Madu Dalam Balang Kaca

Bekas kaca akan menyebabkan madu bertahan lama, sehingga bertahun-tahun, jika ditutup rapat. Sebab itu jugalah, banyak penjual madu di luar sana, yang memasukkan madu di dalam botol kaca.

Balik rumah nanti, bolehlah belek-belek peti sejuk, atau barangan di rumah, mana tahu ada yang boleh disimpan dengan menggunakan cara yang dikongsikan ini, nanti tidaklah asyik membuang makanan sahaja, sebab dah tak segar, busuk, atau layu.
loading...

0 comment... add one now