ALAMAK! Sinki Tersumbat! Jom Baca Petua & Cara Mengatasinya


Boleh sakit jiwa kalau sinki tersumbat ni. Buat kerja membasuh pinggan, kuali, periuk dalam masa 30 saat, boleh jadi setengah jam kalau dah tersumbat. Tapi sekarang ni boleh kata semua rumah akan mengalami sinki tersumbat ni. 

Jangan bimbang.. Ini dia beberapa petua yang boleh dipakai untuk selesaikan sinki tersumbat seperti kat bawah ni.

sinki tersumbat, sinki dapur tersumbat, petua sinki dapur tersumbat

1. Clorox 
Tuangkan Clorox ke dalam sinki dan juga air panas. Indah Water Konsortium pun menyarankan kaedah ini.

2. Air Panas/Mendidih
Amalkan tuang air panas sebulan sekali untuk hilangkan lemak-lemak/sisa yang melekat pada saluran.

3. Soda bikarbonat
Tabur soda bikarbonat ni ke dalam saluran dan tuang air panas. Tapi sebelum tu, keringkan air yang tersumbat supaya soda boleh turun terus ke saluran.

4. Garam kasar
Garam sebagai bahan pelarut akan melarutkan segala kotoran. Campurkan bersama air yang mendidih dan tuangkan ke dalam sinki.

Selamat mencuba. InsyaAllah dengan cara ni, korang takkan cari berbelanja lebih atau membelanja tukang paip lagi. Hihi.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda