Rupa-Rupanya Inilah Trik Paling Senang Nak Tahu Telur Masih Elok Atau Tak! Kongsikan Supaya Ramai Boleh Cuba...

Telur merupakan sumber protein yang murah dan mudah di dapati. Cara penyediaannya yang mudah sama ada digoreng atau direbus menjadikan telur makanan pilihan sama ada mereka yang bekeluarga atau bujang. Sebelum membeli biasanya kita akan lihat tarik luput telur tersebut.

Ada sesetengah telur akan ada tarikh luput pada tray bungkusan. Ada yang tak ada. Tapi kalau dah susun elok dalam frigde dah tak tahu dah bila tarikh luput, elok lagi ke tidak kan. Nak tahu elok ke tak kena pecahkan dulu baru tahu. 

Tapi macam mana nak tahu tanpa pecah kan telur tersebut? Haa ada cara mudah iaitu hanya isi mangkuk dengan air sejuk dan letakkan telur di dalam mangkuk. 

Di dalam telur ada udara kecil yang semakin membesar apabila semakin lama telur disimpan kerana udara yang masuk melalui pori-pori cengkerang telur. Semakin besar udara dalam telur akan membuatkan ia semakin ringan. Jika telur tenggelam ke bawah dan berada dalam keadaan melentang tu maknanya masih segar. 


Jika telur tu dah berusia beberapa minggu tetapi masih baik untuk dimakan, ia akan berdiri di atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk. Tapi jika telur terapung ke permukaan, tu tandanya dah tidak lagi cukup segar atau tak elok untuk dimakan.

Kan senang! 
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda