Apabila Suami Mengejar 'Bala Tentera' Ramai, Yang Jadi Mangsa Si Isteri Hingga Meroyan Kerana Suami Tidak Membantu


Apalah nasib si isteri ini. Belum habis berpantang, sudah dipaksa untuk bersama oleh suaminya dengan alasan mahukan 'bala tentera' ramai. Namun apabila lahirnya anak kedua, si suami langsung tidak membantu, malah memandang hina pada isterinya.

Akibatnya, si isteri meroyan sehingga hampir pernah mengambil tindakan membunuh diri dan hampir mencederakan dua orang anak kecilnya. Si suami? Hanya menjadikan isterinya sebagai tempat melampias nafsu.

Alahai suami, kenapalah tergamak buat begitu pada isteri.



Meroyan akibat tak makan ubat, masih boleh dirawat. Meroyan kalau tersilap cara, masih ada penawar. Meroyan akibat tekanan masalah, hanya Allah tempat mengadu. 

Kuatkan hati dengan istighfar dan ayat Haikal 7. Sentiasa ingat, sifat marah adalah sifat syaitan laknatullah. 

Buat suami-suami dan bakal-bakal suami di luar, jadilah pelindung buat wanita bergelar isteri sebaiknya kerana berkat hidup kalian dari doa ibu dan juga isteri. 

Buat isteri-isteri yang teraniaya, yakinlah bahawa Allah sentiasa ada buat anda. 

Buat anak-anak dara yang akan berkahwin, bacalah pesanan pelanggan saya ini. Pilihlah bakal suami yang pandai menghargai dan menghormati iubnya. Jangan termakan kata-kata bahawa mereka mahu berubah selepas berkahwin atau mereka perlukan kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. 

Ini kerana merekalah imam dan merekalah yang sepatutnya membimbing. Bukan kita. 

LETAK SYARAT JAGA ANAK BERSAMA


SEBELUM INI GALAK NAK MANDI BERSAMA, SEKARANG DIHINA


"INI KALI TERAKHIR AKU MENGANDUNG UNTUK KAU"


SUAMI PAKSA BERSAMA SEBELUM HABIS BERPANTANG


"SETIAP KALI BERSETUBUH AKAN DATANG, SIKIT PUN AKU TAK IKHLASKAN"


HAMPIR BUNUH DIRI & CEDERAKAN ANAK SENDIRI


TAK TAHU NAK BUAT APA UNTUK HILANGKAN ROYAN


Buat adik, saya doakan agar anak-anak adik kelak akan menjadi sebaik-baik pelindung buat adik, dunia akhirat. Dan semoga Allah permudahkan perjalanan hidup adik.

Sumber: The Reporter

loading...

0 comment... add one now