Perhatian Ibu Bapa! Inilah 8 Perbezaan Penting Antara Ibu Bapa Biasa Dengan Ibu Bapa Yang Bijak. Anda Di Kategori Yang Mana?

Gambar Sekadar Hiasan

Menjadi ibu bapa tidaklah semudah yang disangkakan, apatah lagi untuk menjadi ibu bapa yang bijak, bukan?

Ini 11 kualiti yang kami percaya dapat meningkatkan kebolehan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
#1


Ramai ibu bapa yang sering meluangkan semua waktu mereka bersama-sama dengan anak-anak sehingga mereka tiada masa untuk diri mereka sendiri. Tetapi, ibu bapa yang bijak akan mengambil berat tentang diri mereka dan menjadikan diri mereka contoh buat anak-anak.

#2 




Ibu bapa yang biasa akan berhadapan dengan akibat daripada sesuatu masalah itu manakala ibu bapa yang bijak akan mengatasi sesuatu masalah itu melalui sumbernya.

#3 


Anak-anak akan terus diberikan jawapan daripada ibu bapa yang biasa. Namun, ibu bapa yang bijak akan mengajar anak-anak untuk mencari jawapannya.

#4



Kebiasaannya, anak-anak dididik untuk mencontohi orang lain. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, anak-anak itu seharusnya dididik dengan galakan untuk menjadi diri mereka sendiri.

#5



Ibu bapa yang biasa akan melarang anak-anak daripada melakukan kesalahan, tetapi ibu bapa yang bijak akan membenarkan anak melakukan kesilapan supaya mereka boleh belajar daripada kesilapan tersebut.

#6



Ramai yang akan memarahi anak-anak apabila ingin melarang mereka daripada melakukan sesuatu. Tetapi, ibu bapa yang bijak akan melarang dan memberitahu kesan jika mereka melakukan perkara tersebut.

Sebagai contoh: "Jangan buat macam tu! Nanti jatuh, kepala adik boleh luka."

Jika anak anda ingin melompat dari tempat tinggi dan anda tidak mempunyai masa untuk menerangkan akibatnya, larang anak anda dengan baik. Kemudian, terangkan akibatnya. Atau, anda juga boleh bertanya kepada anak, apa yang akan berlaku jika dia melakukan sedemikian?

#7 



Ramai ibu bapa yang cuba menjadi yang terbaik di hadapan anak-anak supaya dapat dijadikan contoh. Tetapi, cuba bersikap lebih natural dan terbuka, kerana secara tidak langsung anak-anak akan lebih mudah mendekati ibu bapa.

#8



Anak-anak sering diajar untuk mengikut telunjuk ibu bapa kerana ibu bapa sahaja yang tahu keperluan anak-anak. Ianya tepat. Namun, sebaiknya anak-anak itu dididik mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

Tiada salahnya menjadi ibu bapa yang biasa kerana dari situ, kita akan belajar untuk menjadi ibu bapa yang bijak.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Boleh Ke Makan Ayam Ada Tanda 'Lebam' Begini? Ini Jawapan Veterinar